Kenali AJK SSR

Tuesday, November 3, 2009

PROJEK NAIK TARAF DAN UBAHSUAI

PROJEK NAIK TARAF DAN UBAHSUAI
SURAU SILATURRAHIM
JALAN MAHMOOD
PARIT JAWA

MUAR




PENGENALAN:
Surau Silaturrahim Jalan Mahmood Parit Jawa Muar terletak di tepi jalan besar (Jalan Mahmood) dan ianya sejauh 2km dari Pekan Parit Jawa Muar. Surau ini menjadi tumpuan kepada setiap musafir yang melalui Jalan Mahmood untuk menunaikan solat lima waktu samada waktu siang atau malam.

Alhamdulillah surau ini dapat menlaksanakan azan dan solat lima waktu secara berjemaah setiap hari, tepat pada waktunya. Tetapi setelah tamat berjemaah surau ini terpaksa ditutup. Maka menjadi kesulitan kepada para musafir yang hendak menunaikan solat lima waktu di waktu-waktu selepas solat berjemaah tersebut. Sehinggakan mereka terpaksa bersolat di ruang tempat wuduk juga di Balai Utama yang kurang sesuai.

Melihat kepada masalah tersebut kami rasa amat bertanggungjawab bagi memberikan ruang solat yang sesuai lagi selesa kepada para musafir dengan menyediakan ANJUNG SURAU yang lengkap dengan kipas, lampu, papan notis di samping keperluan solat seperti sejadah, telekong, kitab Yasin dan Al-Quran, kain dan lainnya.


BINAAN:

1. PROJEK ANJUNG SURAU
Binaan Anjung Surau ialah di atas tapak Tempat Wuduk sedia ada. Ini bermakna Tempat Wuduk akan dipindahkan ke tempat lain – berhampiran dengan pagar sisi surau (rujuk Pelan Projek Naik Taraf dan Ubahsuai). Tempat Wuduk sedia ada akan di ratakan dan dilebarkan untuk dibina Anjung Surau yang berdinding di sebelah hadapan dan kirinya. Bahagian tepi yang lain merupakan dirian ’batu botol’ dan berpintu dan tangga ’satu mata’.

Anjung Surau ini dilengkapkan dengan lampu dan kipas. Di dindingnya dilekapkan Papan Notis bercermin untuk rujukan dan makluman umum; juga disediakan kabinet kecil yang lengkap dengan Kitab Yasin dan Al-Quran termasuk keperluan solat lain seperti Sejadah, Telekong dan Kain.

2. PROJEK PEMASANGAN TILE
Seluruh Ruang Solat akan di pasang tile. Selama surau ini dibina ruang solat menggunakan kapet. Belanja untuk membeli, mengganti dan menjaganya tinggi kerana kapet mudah rosak kerana lembab dan basah. Adalah amat sesuai sekiranya runag solat ini dipasang tile agar ianya tahan lama penggunaannya, dan penyelenggaraannya agak mudah, bersih tanpa menyimpan habuk.

3. PROJEK LANTAI TILE SERBAGUNA
Projek Lantai Tile ini ialah pemasangan tile di ruang lapang antara Anjung Surau dengan Tempat Wuduk dan Balai Utama. Ianya akan menjadi ’Kawasan Bersih dan Suci’ (tidak pakai kasut/selipar) dan berbumbung. Kawasan ini nantinya akan menjadi ruang legar serbaguna.

Ruang legar ini juga selalunya sebagai tempat P.A System dengan ’mixer’ dan amplifier bagi sesuatu majlis yang menggunakan Balai Utama. Ia juga digunakan sebagai tempat penyediaan penyajian makanan sebelum diedarkan kepada Tetamu Khas di Balai Utama.

4. TEMPAT WUDUK
Tempat wuduk yang baru ini terletak berhampiran dengan pagar surau. Ianya dibina berupa dinding yang dipasang dengn tile dan 8 buah pili untuk kemudahan berwuduk. Di tempat wuduk ini juga akan dibina sebuah tangki air sebagai takungan simpanan air sewaktu bekalan air tergendala.


KEWANGAN
Projek Menaik Taraf dan Ubahsuai ini memakan belanja agak besar. Maka usaha bagi mendapatkan sumber wang telah diputuskan di dalam Mesyuarat AJK Surau melalui beberapa cara seperti berikut:

1. Mohon peruntukan daripada Pejabat Daerah Muar
2. Mohon ”Derma Wakaf” daripada Seluruh Ahli Kariah Surau
3. Memohon ’Sumbangan Ikhlas’ daripada Para Dermawan

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails