Kenali AJK SSR

Saturday, December 19, 2009


Alhamdulillah SSR telah berjaya memenangi Pertandingan Surau Cemerlang 1431H/2009 Peringkat Daerah Muar. Ini semua adalah izin Allah SWT di atas kerjasama semua AJK dan Ahli kariah SSR yang telah memikul amanah dan tanggungjawab bersama dalam melaksana semua aktiviti dan kerja. Semoga kejayaan ini akan menambahkan lagi keakbraban dan silaturrahim kita semua insya Allah.

Thursday, December 17, 2009













Tuesday, December 15, 2009

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Doa Awal Tahun


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah)
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadlian dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber: Al-Azim.com

Wednesday, November 18, 2009

Surau SSR di Google Maps


View Larger Map

Kini penjenguk blog SSR yang ingin tahu lokasi Surau Silaturrahim (SSR) boleh mencarinya di Google Maps. Dan taip Surau Silaturrahim,Parit Jawa seperti di bawah:

Atau jengok saja blog ini.
Untuk ZOOM lokasi surau SSR. Klik button (+) di atas.

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, November 16, 2009






AHLI RAKAN MUDA SSR YANG TURUT SERTA DALAM KEMBARA AL-EHSAN



EN. ISMAIL DAN TN.HJ.ABD.AZIZ BAKAL MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI







ADIK NORAZAM SEDANG MEMPERSEMBAHKAN BERCERITA KISAH NABI SAW


KUMPULAN MARHABAN SSR MEGAMBIL BAHAGIAN MEMBACA SELAWAT NABI SAW

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Gotong Royong Surau Silaturrahim Pt.Jawa telah diadakan pada 21.3.2009. Hasil daripada Mesyuarat AJK Surau kali 2/2009 yang diadakan pada 24.2 2009 telah memutuskan supaya gotong royong ini dibuat untuk persiapan menyambut Majlis Maulidur Rasul SAW 1430H yang akan diadakan pada keesokan harinyanya (Ahad 22.3.2009)

Rumput yang panjang dihadapan papan tanda surau SSR dibersihkan.

Jawatankuasa telah bersetuju gotong royong tersebut melibatkan ahli kariah dan AJK SSR mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Pokok pinang liar di luar surau SSR ditebang.


Pelepah-pelepah pokok pinang di luar surau di kumpulkan untuk dibakar.

Kerja-kerja gotong royong banyak tertumpu di kawasan luar dan persekitaran surau. Antara kerja-kerja utama ialah membersihkan kawasan sekeliling surau seperti menebang 5 rumpun pokok-pokok pinang yang telah mula menaung, di samping membersihkan rumput dan sampah sarap yang ada.
Kerja-kerja pembersihan di luar surau SSR.

Kerja-kerja rewang memotong bawang dan segala persiapan untuk masak bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430H pula, dijalankan pada sebelah malamnya iaitu selepas solat Isyak di perkarangan surau.

Melepaskan lelah selepas penat bergotong-royong.

Pelajar-pelajar SMK Raja Muda Pt.Jawa seramai 20 orang bersama dengan 7 orang guru termasuk Pengetua dan GPK Pentadbirannya telah membuat kerja-kerja Gotong Royong di SSR pada 15.8.2009 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dalam Program Kembara Merdeka sekolah tersebut. Gotong Royong bermula pada jam 8.30 pagi berakhir jam 11.00 pagi.


Pelajar-pelajar dan Guru-Guru tersebut telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi membuat kerja-kerja gotong royong di 6 lokasi iaitu:

1. Membersihkan kawasan pagar dan hadapan surau

2. Pembersihan di dalam surau seperti vacum kapet, lap tingkap dan pintu, lap kipas dan sawang labah-labah, susun kitab Yasin dan Al-Quran.

3. Mengemas stor kerusi meja

4. Mengemas stor pinggan mangkuk

5. Mencuci tempat wuduk

6. Mengemas kawasan Tapak Herba.


Di waktu rehat jam 10.30 pagi semua pelajar dan guru telah dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih oleh AJK surau.

Wednesday, November 4, 2009

NISFU SYAABAN 1430H

MAJLIS MALAM NISFU SYAABAN 1430H
DAN SOLAT HAJAT PERDANA
PADA 5 OGOS 2009




Majlis Malam Nisfu Syaaban 1430H disambut dengan
bacaan Yasin beramai-ramai sebanyak 3 kali dengan
diketuai oleh Tn.Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj Imam SSR
sebelum solat Magrib.Solat



Solat Hajat Perdana adalah bagi mendoakan anak-anak ahli kariah Surau Silaturrahim yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil selepas solat Magrib diikuti dengan solat hajat beramai-ramai selepas solat Isyak dengan dengan diimamkan oleh Tuan Imam SSR sendiri.



Selepas majlis tersebut semua hadirin dijamu
dengan makanan dan kuih-muih yang disediakan
oleh AJK surau

Tuesday, November 3, 2009

PROJEK NAIK TARAF DAN UBAHSUAI
SURAU SILATURRAHIM
JALAN MAHMOOD
PARIT JAWA

MUAR




PENGENALAN:
Surau Silaturrahim Jalan Mahmood Parit Jawa Muar terletak di tepi jalan besar (Jalan Mahmood) dan ianya sejauh 2km dari Pekan Parit Jawa Muar. Surau ini menjadi tumpuan kepada setiap musafir yang melalui Jalan Mahmood untuk menunaikan solat lima waktu samada waktu siang atau malam.

Alhamdulillah surau ini dapat menlaksanakan azan dan solat lima waktu secara berjemaah setiap hari, tepat pada waktunya. Tetapi setelah tamat berjemaah surau ini terpaksa ditutup. Maka menjadi kesulitan kepada para musafir yang hendak menunaikan solat lima waktu di waktu-waktu selepas solat berjemaah tersebut. Sehinggakan mereka terpaksa bersolat di ruang tempat wuduk juga di Balai Utama yang kurang sesuai.

Melihat kepada masalah tersebut kami rasa amat bertanggungjawab bagi memberikan ruang solat yang sesuai lagi selesa kepada para musafir dengan menyediakan ANJUNG SURAU yang lengkap dengan kipas, lampu, papan notis di samping keperluan solat seperti sejadah, telekong, kitab Yasin dan Al-Quran, kain dan lainnya.


BINAAN:

1. PROJEK ANJUNG SURAU
Binaan Anjung Surau ialah di atas tapak Tempat Wuduk sedia ada. Ini bermakna Tempat Wuduk akan dipindahkan ke tempat lain – berhampiran dengan pagar sisi surau (rujuk Pelan Projek Naik Taraf dan Ubahsuai). Tempat Wuduk sedia ada akan di ratakan dan dilebarkan untuk dibina Anjung Surau yang berdinding di sebelah hadapan dan kirinya. Bahagian tepi yang lain merupakan dirian ’batu botol’ dan berpintu dan tangga ’satu mata’.

Anjung Surau ini dilengkapkan dengan lampu dan kipas. Di dindingnya dilekapkan Papan Notis bercermin untuk rujukan dan makluman umum; juga disediakan kabinet kecil yang lengkap dengan Kitab Yasin dan Al-Quran termasuk keperluan solat lain seperti Sejadah, Telekong dan Kain.

2. PROJEK PEMASANGAN TILE
Seluruh Ruang Solat akan di pasang tile. Selama surau ini dibina ruang solat menggunakan kapet. Belanja untuk membeli, mengganti dan menjaganya tinggi kerana kapet mudah rosak kerana lembab dan basah. Adalah amat sesuai sekiranya runag solat ini dipasang tile agar ianya tahan lama penggunaannya, dan penyelenggaraannya agak mudah, bersih tanpa menyimpan habuk.

3. PROJEK LANTAI TILE SERBAGUNA
Projek Lantai Tile ini ialah pemasangan tile di ruang lapang antara Anjung Surau dengan Tempat Wuduk dan Balai Utama. Ianya akan menjadi ’Kawasan Bersih dan Suci’ (tidak pakai kasut/selipar) dan berbumbung. Kawasan ini nantinya akan menjadi ruang legar serbaguna.

Ruang legar ini juga selalunya sebagai tempat P.A System dengan ’mixer’ dan amplifier bagi sesuatu majlis yang menggunakan Balai Utama. Ia juga digunakan sebagai tempat penyediaan penyajian makanan sebelum diedarkan kepada Tetamu Khas di Balai Utama.

4. TEMPAT WUDUK
Tempat wuduk yang baru ini terletak berhampiran dengan pagar surau. Ianya dibina berupa dinding yang dipasang dengn tile dan 8 buah pili untuk kemudahan berwuduk. Di tempat wuduk ini juga akan dibina sebuah tangki air sebagai takungan simpanan air sewaktu bekalan air tergendala.


KEWANGAN
Projek Menaik Taraf dan Ubahsuai ini memakan belanja agak besar. Maka usaha bagi mendapatkan sumber wang telah diputuskan di dalam Mesyuarat AJK Surau melalui beberapa cara seperti berikut:

1. Mohon peruntukan daripada Pejabat Daerah Muar
2. Mohon ”Derma Wakaf” daripada Seluruh Ahli Kariah Surau
3. Memohon ’Sumbangan Ikhlas’ daripada Para Dermawan

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL S.A.W 1430H
SURAU SILATURRAHIM PT.JAWA MUAR
22 MAC 2009

En.Mohd.Nasir bin Kiman Penghulu Mukim Pt.Jawa (berbaju batik) bergambar kenangan sempena Majlis Maulidur Rasul S.A.W 1430H Surau Silaturrahim Pt.Jawa Muar bersama AJK Surau Silaturrahim Pt.Jawa.

Keterangan Gambar: (Dari kiri)
Tn.Hj.Hasan Adli, En.Mohd.Nasir, Tn.Hj.Jamian, Tn.Hj.Rahmat dan Hj.Mohd.Amin.



Para hadirin sedang sama-sama bersalawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.


Para hadirin sedang diedarkan bunga rampai sepanjang selawat tersebut oleh Tn.Hj.Rahmat AJK SSR.


Penceramah undangan sedang menyampaikan ceramahnya.


Tetamu Khas menjamu selera di Balai Utama bersama Penceramah undangan sambil dilayan oleh Tn.Hj.Sulaiman dan Tn.Hj.Jamian.


Para jemputan sedang mengambil juadah yang disediakan di Balai Wakaf sebaik sahaja ceramah maulid.


Tn.Hj .Mohd.Amin AJK SSR (berbaju hijau) sedang melayani tetamu yang sedang menjamu selera.


Ketua Masak En.Zamri bersama krewnya En.Abd.Rahim dan lain-lain sedang memasak dan menyediakan juadah di Balai Masak.


Pembantu Masak En.Al-Abbas sedang berbincang sesuatu dengan Ketua Masak En.Zamri sambil diperhatikan rakan krew masak yang lain.


Kaum wanita qariah SSR sedang bersama-sama ’rewang’ di stor peralatan SSR bagi menyediakan bahan-bahan yang perlu sebelum dimasak oleh krew memasak.

;;
Related Posts with Thumbnails