Kenali AJK SSR

Thursday, September 30, 2010

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum.

Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )
PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

الملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:


وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :


هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.


Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini .


Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Penganut Hindu memusnahkan Masjid Babri

Masih ingatkah anda peristiwa yang menyedihkan berlaku ke atas umat Islam di India pada 6 Disember 1992? Umat Islam di bunuh, dan Masjid Babri, yang merupakan masjid yang tertua di India telah dibakar dan dimusnahkan?

Hari ini, mahkamah akan memutuskan hak pemilik sebenar tapak tanah tempat masjid didirikan . Marilah kita sama - sama berdoa semoga hak umat Islam dikembalikan.

Video ini ialah rakaman yang menunjukkan bagaimana Masjid ini dimusnahkan oleh penganut Hindu



Berita

NEW DELHI: India mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan tentera udara nya berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan keganasan apabila sebuah mahkamah memberikan keputusan mengenai kes perebutan tapak masjid di Ayodhya hari ini. Isu itu menghantui Parti Kongres yang memerintah India kerana keputusan berkenaan pasti akan mengecewakan satu daripada blok penyokong terbesarnya.

“Saya merayu supaya semua pihak menghormati keputusan mahkamah, kata Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi yang juga tokoh politik paling berpengaruh negara itu.

Kerajaan merayu penduduk bertenang sebaik saja mahkamah di utara India itu memutuskan hak terhadap tanah yang menempatkan sebuah masjid yang dibina sejak abad ke-16.Perebutan terhadap tapak masjid itu mencetuskan keganasan agama pada 1992 hingga menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh.

Keputusan mengenai perebutan itu, yang dianggap oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh sebagai cabaran keselamatan terbesar negara berkenaan akan diumum sejurus sebelum Sukan Komanwel bermula di New Delhi pada 3 Oktober depan.

Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Raja Tuhan mereka, Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan. Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.

Mahkamah, dalam keputusannya esok akan memutuskan tiga isu penting - siapa pemilik tanah berkenaan, sama ada tapak itu benar menjadi tempat kelahiran Rama, dan sama ada Masjid Babri dibina selepas sebuah kuil Hindu dirobohkan dan sama ada ia dibina menurut rukun Islam.

Saturday, September 25, 2010

Kita sering beranggapan keturunan Nabi Yaakub (Israel), hanyalah bangsa yang tinggal di daerah sekitar Palestin sahaja. Sedangkan melalui kajian sejarah dan genetik, diperoleh informasi bahawa Bani Israel, telah menyebar ke seluruh pelusuk dunia. Dan sebahagian dari mereka adalah pengikut ajaran Nabi Muhammad.

Sejarah Suku Israel sebelum kedatangan Nabi Isa

Bani Israel, adalah sebutan bagi keturunan Nabi Yaakub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim. Nabi Yaakub memiliki 12 orang putera, yang kemudian menurunkan suku-suku Israel, iaitu : Ruben, Simeon, Lewi, Isakhar, Zebulon, Dan, Yusuf, Naftali, Gad, Asyer, Yehuda dan Benjamin.

Pada tahun 722 SM, Kerajaan Asyria yg dipimpin oleh Raja Shalmanesar V menyerbu dan menakluk kerajaan Israel Utara yang dipimpin oleh Raja Hosea (Raja terakhir Israel Utara). Oleh Raja Assyiria, ke-10 suku Israel (merupakan keturunan Nabi Yaakub bin Nabi Ishaq), ditawan dan dibawa keluar daripadatanah air mereka menuju Assyiria. Diceritakan dalam Kitab Nabi Idris bahawa 10 suku Israel ini melarikan diri dari syiria namun tidak menuju ke tanah air mereka namun berimigrasi ke timur jauh ke suatu negeri yg bernama Asareth (Nazara atau Azara).

Pada tahun 603 SM dominasi kekuatan Assyiria ditawan oleh kerajaan Babylonia. Dan pada tahun 587 SM Jerusalem dihancurkan oleh raja Nebukadnezar. Dan seperti Raja Assyiria, Raja Nebukadnezar pun menawan dan membawa keluar 2 suku Israel yang ada di Jerusalem ke Babylonia, Media (Persia), dan Ghaur (kawasan pegunungan Afghanistan).

Dan pada tempoh 538 SM – 332 SM Kekuatan Babylonia dirampas oleh Kerajaan Persia oleh Raja Cyrus dan pada era tersebut ke 2 suku Israel kembali menuju tanah air mereka di Jerusalem.

Dari fakta sejarah ini dapatlah kita ketahui bahawa hanya ada dua “suku” yang tinggal di kandang, sementara 10 “suku” Israel yg lain tersebar di negeri-negeri Timur sepanjang Syam (Syiria), Persia, Afghanistan, Kashmir (Hindustan Utara), bahkan sehingga Tibet (sumber : The Passion of Jesus as)



Beberapa bangsa di timur berpenduduk Muslim, yang terdapat jejak Bani Israel, antara lain :

1. Jejak Bani Israel di Asia Tengah

“The beginning of a Jewish settlement in the area around Bukhara may go back as far as the 7th century BCE when the Jews were exiled by the Assyrians(II Kings 17:6). It is to this date that the Bukharan Jews themselves trace their heritage…”

“Bukharan Jews have traditionally maintained that Bukhara is the Hador mentioned in the Bible (Second Kings 17:6) to which Assyria exiled the ten lost tribes of Israel during the seventh century B.C.E.”

“When Cyrus the Great, king of Persia, conquered the Babylonians in 538 B.C.E., he issued an edict allowing Jews in exile to go home to Jerusalem. Some did, but many elected to remain in Persia, a land which must have seemed more hospitable than the rocky, arid wasteland of Judaea.”

“The Book of Esdras (Apocypha) recount that a large number of Persian Jews migrated east around this time to a place called Asareth. Biblical scholars may not concur on the exact location of Asareth, but they do agree that the book of Edras was written between 150 and 50 B.C.E., about the same time as the book of Daniel.”

Jelas bahwa 10 suku Bani Israel setelah diusir dari tanah air mereka telah mengembara hingga Asia Tengah (Samarkand & Bukhara). Dan juga meneruskan perjalanan ke Timur menuju Persia, Afghanistan, bahkan sampai ke India dan Tibet. Meskipun kini majoriti penduduk Samarkand dan Bukhara memeluk Islam, namun masih ada sekelompok minoriti penduduknya yang tetap memeluk agama Yahudi.

2. Jejak Bani Israel di Afghanistan

Dalam Kitab Tabqat e Nasri yg mencantumkan penaklukan Afghanistan oleh Gengis Khan, di dalamnya tertulis pada zaman Dinasti Syabnisi, di sana tinggal suatu kaum yg disebut Bani Israel, sebahagian dari mereka adalah saudagar. Orang-orang ini pada tahun 622 M (pada zaman Rasulullah saw) menetap di kawasan Herat. Sahabat Khalid ibn Walid r.a. datang menemui mereka dan menyeru mereka kepada Islam. Lima atau enam ketua suku mereka ikut serta dengan Khalid menemui Rasulullah saw, dihantar ketua suku tersebut adalah Qes (Kish/Kisy). Orang-orang ini akhirnya menerima Islam dan ikut bertempur bersama Rasulullah saw. Rasulullah memberi nama baru kepada Qes yaitu Abdul Rasyid dan memberikan nama julukan dengan nama dari Ibrani yaitu Pathan.

Dalam Kitab Majma’ul Ansab, Mullah Khuda Dad menulis, Putra sulung Yaakub adalah Yehuda, putra Yehuda adalah Usrak, putra Usrak adalah Aknur, putra Aknur adalah Ma’alib, putra Ma’alib adalah Farlai, putra Farlai adalah Qes, putra Qes adalah Thalut, putra Thalut adalah Armea, dan putra Armea adalah Afghan dan anak keturunannya adalah bangsa Afghan. Afghan hidup sezaman dengan Nebukadnezar. Generasi ketururunan ke 34 dari Afghan barulah lahir Qes yg hidup sezaman dengan Rasulullah saw yg kemudian memeluk Islam. (Termuat dalam buku A Nature of a Visit to Ghazni, Kabul, and Afghanistan, by G.T. Vigne – 1840).

Dalam buku Histrory of Afganistan oleh L.P. Ferrier yg diterjemahkan oleh Capt. W.M. Jasse, terbitan London 1858. Tertulis sebuah riwayat bahawa tatkala Nadir Syah tiba di Peshawar untuk menakluki Hindustan, maka para tokoh suku Yusuf Zai mempersembahkan kepadanya sebuah Bibel yg bertuliskan bahasa Ibrani dan juga beberapa barang perabot dari suku mereka yang digunakan untuk menjalankan ritual agama kuno mereka. Turut ikut dalam perkhemahan Nadir Syah terdapat beberapa orang Yahudi, manakala Nadir Syah memperlihatkan barang-barang tersebut kepada orang Yahudi dan mereka mengenali barang-barang tersebut adalah barang-barang orang Yahudi.

Ringkasnya fakta dari Kitab-kitab sejarah, arkeologi, dan anthropologi telah membuktikan dengan terang dan jelas bahawa bangsa-bangsa yg menduduki kawasan negeri Afghanistan adalah berasal dari bani Israel, bahkan orang Afghan sendiri mengakui bahwa mereka ada Bene (Bani) Israel.

Suku – suku Bani Israel di Afghanistan saat ini telah memeluk agama Islam, namun mereka menganggap diri mereka sebagai bani Israel (keturunan Israel) dari anak keturunan Kish, keturunan Raja Saul.

Beberapa Tradisi Bangsa Pathan serupa dengan tradisi Israel seperti mengkhatankan anak pada usia 8 hari, berpakaian ala Tizzit, menyalakan lilin pada Jumaat malam, bangsa pria pasthun bertradisi menikahi janda kakak ipar yg belum memiliki anak (sama seperti Israel – ulangan 25: 5-6).

3. Jejak Bani Israel di Kasymir (India Utara)

Kashmir terletak di India Utara dan Barat Nepal. Meski demikian penampilan fisizika mereka berbeza dengan orang India pada umumnya. Orang Kashmir menganggap diri mereka sebagai Bene Israel (keturunan Israel). Daerah-daerah di Kashmir turut dinamakan sama dan mirip dengan daerah-daerah di tanah air mereka di Israel.

Dr. Bernier dalam bukunya Travel in The Moghul Empire menulis : “Tidak diragukan lagi bahawa orang-orang Kashmir adalah Bani Israel. Dan pakaian mereka, wajah mereka, serta beberapa tradisi mereka menunjukkan mereka berasal dari rumpun keluarga Bani Israel.

Dalam buku Dictionary of Geography oleh A.K. Johnston, pada halaman 250, tentang
kata Kashimiri tertulis : “Penduduknya berpostur tinggi, kekar, gagah. Dan kaum wanitanya manis, cantik, berhidung bengkok, rupa dan penampilan mereka betul-betul menyerupai orang-orang Yahudi (Tidak menyerupai Hindustan pada umumnya).

Orang Kashmir gemar sekali kepada nama-nama yang ada hubungannya dengan Palestin. Misalnya Musachail (Nabi Musa), Tachte Sulaiman (Kerajaan Sulaiman), Yusuf Zei (kerabat Yusuf) dan lainnya.

Friday, September 24, 2010

ISLAM adalah agama serba sempurna dan diturunkan lengkap dengan aturan demi kesejahteraan manusia. Melalui al-Quran, umat Islam tidak hanya dipandukan dengan jaringan penghidupan bersyariat yang tetap dan hal itu termasuk dalam aspek perintah dan larangan Allah.

Semua yang baik dianjurkan dan segala mengandungi kemudaratan buat manusia, Allah adakan larangan. Mengapakah manusia seperti kita ini perlu diberikan panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini? Manusia sebagai khalifah Allah di bumi walaupun dilengkapi dengan akal fikiran, masih kurang ‘kuasa’ untuk berhadapan dengan nafsu dan godaan syaitan. Inilah dua musuh utama manusia yang semestinya disedari dan sentiasa berwaspada.


Lantaran itu, dengan panduan daripada Allah dan Rasulullah s.a.w, manusia akan berupaya membina landskap kehidupan bermutu tinggi. Jadi, dalam bicara kali ini marilah kita bersama-sama menghayati dengan kualiti akal segala yang dilarang Allah Taala kepada manusia. Baiklah, sekarang kita tinjau larangan yang terkandung dalam al-Quran, kemudian kita telusuri pula dari segi saintifik mengapakah larangan itu Allah kenakan kepada kita.

1. Larangan berzina
Zina satu dosa besar yang amat dilarang Allah, namun dalam dunia serba moden ini perbuatan itu sudah menjadi penyakit sosial yang semakin kronik. Ramai golongan muda Islam yang turut hanyut dengan gejala ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 bermaksud,: ‘Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang amat jahat.’
Allah mengancam pelaku zina itu dengan ancaman azab seksa yang maha pedih di akhirat kelak.

Baiklah, sekarang mari kita selidik secara ringkas dari segi saintifik pula apa yang ada di sebalik perbuatan zina itu? Banyak kajian yang dilakukan pakar perubatan menunjukkan pelbagai penyakit timbul akibat zina.

Antaranya yang kini sangat membimbangkan ialah penyakit kelamin seperti sifilis dan Aids. Dari sehari ke sehari, jumlah penghidap Aids bertambah dan melalui kajian perubatan, antara faktor pencetus penyakit itu menular ialah kerana amalan seks bebas. Ini tentunya termasuk berleluasanya zina dan seks sejenis.

Rasulullah sendiri berpesan kepada kita agar menjauhi amalan keji itu dalam hadis yang bermaksud: ‘Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.

Tiga yang diperoleh di dunia ialah :-
1. Hilangnya seri di wajah,
2. Memendekkan umur dan
3. Mendatangkan kefakiran.

Tiga yang diperoleh di akhirat ialah :
1. Kemurkaan Allah,
2. Hisab yang buruk dan
3. Azab neraka.’
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim ).

Benarlah ramalan nabi mengenai kroniknya masyarakat Islam suatu hari nanti apabila Baginda mengatakan: ‘Akan muncul daripada umatku mereka yang menghalalkan perbuatan zina, menghalalkan sutera bagi lelaki, minum arak dan lagu yang melalaikan.’ (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari).

Keempat-empat perbuatan yang nabi nyatakan itu sudah pun menjadi perkara lumrah dan tidak lagi dilakukan secara berselindung, misalnya minum arak.

Sekarang, mari lihat statistik yang menggerunkan kita. Mengikut statistik sehingga Disember 2005, terdapat sejumlah 4.3 juta kes HIV/Aids di seluruh dunia dan di Malaysia saja ada 52,000 kes. Kementerian Kesihatan pula dalam datanya menunjukkan 40 peratus daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada remaja berumur 29 tahun ke bawah.

Inilah akibatnya apabila peringatan Tuhan dan segala pesanan nabi supaya menjauhi zina tidak dihiraukan. Ini di dunia, di akhirat nanti tentu azab seksa api neraka menunggu si pelakunya. Nauzulbillah min zalik, mintalah dijauhkan daripada kita semua amalan buruk yang dilaknat Allah ini.

2. Minum arak
Arak jelas diharamkan Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90 bermaksud: ‘Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan melihat nasib menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya.’

Malah Rasulullah ada menegaskan: ‘Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia pembuka segala kejahatan.’ (Hadis riwayat Al-Hakim). Apa ada di sebalik arak itu? Arak ialah alkohol dalam bentuk ‘ethyl alcohol’ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak serta sering mengakibatkan ketagihan. Hasil satu kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2004 terdapat dua bilion penduduk dunia minum arak dan 76.3 juta daripada jumlah itu mengalami masalah kesihatan serius.

Malah, di Eropah saja dilaporkan 1.8 juta kes kematian disebabkan arak. Begitulah keadaannya di negara kita. Gejala remaja dan belia Islam yang minum air syaitan ini sudah terikut-ikut sama.


Nampaknya kemodenan Barat hanya mereka lihat kepada budaya dan gaya hidup saja. Ini menyedihkan kerana sepatutnya unsur positif yang bersesuaian dengan agama perlu diamalkan. Yang jelas, apa saja yang masyarakat Barat lakukan, mereka pun turut amalkan. Kepada yang terlajak melakukannya selama ini, segeralah bertaubat kepada Allah kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Demikianlah peringatan daripada Allah iaitu jauhi zina dan arak yang di sebalik larangan-Nya, tersirat makna saintifik yang kini semua pakar perubatan mengakui kebenarannya. Jadi, hendaklah kita sentiasa beringat terhadap segala larangan Allah, demi kebaikan kita.

;;
Related Posts with Thumbnails