Kenali AJK SSR

Monday, November 2, 2009

AKTIVITI DEVELOPMENTAL

1. PERTANDINGAN PENGURUSAN SURAU CEMERLANG 2009


SSR telah dianugerahkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Pengurusan Surau Cemerlang 2009 sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H anjuran Masjid Jamek Al-Ehsan Parit Jawa pada 24.1.2009 (bersamaan 27 Muharram 1430H). Hadiah dalam bentuk sijil dan wang tunai RM200 telah disampaikan oleh Pegawai Penggerak Masjid dan Surau DUN Sg. Balang Tn.Hj.Ahmad Othman bin Husin.



Pertandingan tersebut melibatkan 12 buah surau di dalam Mukim Pt.Jawa.
Aspek yang dipertandingkan ialah:

1. Bidang Pengurusan (40%):
Bidang ini meliputi pengurusan fail surat - menyurat, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan inventori, senarai jemaah dan qariah surau.

2. Bidang Kebersihan & Keceriaan (30%):
Bidang ini meliputi kebersihan bangunan luar dan dalam, kebersihan tandas dan kawasan.

3. Bidang Penulisan Sejarah Surau (30%):
Bidang ini berkaitan tentang asal usul penububuhan dan pembinaan surau serta perjalanannya dari awal hingga kini.

Penyampaian Hadiah pertandingan dan sijil tersebut telah dilakukan pada waktu malam 24.1 2009 setalah tamat majlis Ceramah Maal Hijrah 1430H. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Imam Besar Negeri Johor daripada Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.



2. MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2009

Majlis ini diadakan pada 5.8.2009 sempena Malam Nisfu Sya’aban 1430H selepas solat isyak. Majlis solat hajat ini diadakan bagi mendoakan anak-anak atau sanak saudara ahli qariah SSR yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2009.

Semua ahli qariah SSR bersama dengan calon-calon peperiksaan tersebut dijemput hadir untuk menjayakan majlis Solat Hajat Perdana tersebut. Solat hajat ini diimamkan oleh Tn. Hj. Abd.Rahman bin Hj. Siraj selaku imam tetap SSR.


3. PROJEK TAMAN HERBA

Projek Taman Herba adalah atas saranan En.Mohd.Nasir bin Kiman Penghulu Mukim Parit Jawa supaya setiap surau dapat menjalankan projek tersebut mulai tahun 2009. Ini bertepatan dengan syor yang dibuat oleh Tn. Hj.Abd.Rahman bin Jaafar Pengaran Jabatan Agama Johor yang amat mendalam minat terhadap tanaman herba.

Projek ini telah dipersetujui olah AJK SSR supaya dapat dimulakan tahun 2009 dengan penyediaan tapak (seperti di dalam pelah tapak surau) kemudian diusahakan secara gotong royong oleh AJK pada bulan November 2009 dengan tanaman herba ‘mas cotek’ dan lain-lain tanaman ulaman.


4. PROJEK LANDSKAP

Projek landskap ini tertumpu di sepanjang pagar hadapan surau menghadap Jalan Mahmood di kiri dan kanan pintu masuk utama surau ini. Projek ini bagi menambahkan lagi keceriaan dan keindahan kawasan surau.

Projek landskap ini berbentuk simin fero yang diserahkan kepada ahli kariah surau ini iaitu En.Mohd.Yazid bin Maarof untuk pembinaannya. Beliau telah bersetuju pada dasarnya dan projek sebenar bermula pada November 2009.


5. PROJEK-PROJEK: ANJUNG SURAU, PEMASANGAN TILE RUANG SOLAT, TEMPAT WUDUK DAN LANTAI TILE SERBA GUNA.

AJK SSR telah bersetuju dengan keputusan yang telah di buat dalam Mesyuarat AJK SSR kali 3/2009 (pada 22.7.2009) supaya projek-projek di atas dapat dibuat bagi kemudahan para musafir yang singgah untuk menunaikan solat sekiranya ruang solat utama surau berkunci.

Projek ANJUNG SURAU akan mengambil ruang ‘Tempat Wuduk’ sedia ada untuk diubahsuai dijadikan Anjung Surau yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan solat seperti sejadah, telekong, kitab-kitab Yasin dan Al-Quran.

Projek PEMASANGAN TILE RUANG SOLAT ialah memasang tile di Ruangan Solat Lelaki dan Perempuan sepenuhnya. Buatmasa kini ruang ini hanya merupakan simin biasa yang ditutup dengan kapet.

Projek TEMPAT WUDUK adalah bagi menggantikan tempat wuduk lama yang telah dipecahkan dan dijadilan Anjung Surau. Projek ini juga memerlukan pembinaan tangki air.

Projek LANTAI TILE SERBA GUNA ialah memasang tile di kawasan antara Anjung Surau dengan Balai Utama dan Tempat Wuduk yang baru. Ruangan ini akan dipasang tile sepenuhnya dan dijadikan kawasan serbaguna yang bersih dan suci (tanpa kasut/selipar).

Projek-projek tersebut di atas dijangka memerlukan sejumlah peruntukan yang agak besar maka ianya memerlukan pembinaan yang teliti dan mengikut prosedur. Maka untuk permulaannya Tn.Hj.Amat Paijan bin Saruwal selaku Bendahari SSR telah diamanahkan bagi memulakannya dengan penyediaan ‘Kertas Cadangan’ yang lengkap untuk dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat AJK SSR .

Di dalam Mesyuarat Khas SSR Kali Ke-1 pada 18.8.2009 AJK telah bersetuju dan memutuskan supaya projek ini dimajukan kepada Pejabat Daerah Muar melalui Tuan Hj.Mislan bin Karmani Pegawai Daerah Muar semasa beliau dan rombongannya mengadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih 1430H pada 28.8.2009 di surau kami bagi mendapatkan peruntukan.

Di samping itu AJK juga bersetuju peruntukan bagi projek-projek tersebut boleh didapati melalui kutipan derma ikhlas daripada semua ahli kariah surau dan daripada para dermawan.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails