Dari awal dibina SSR sehingga tahun 2004 pengerusi SSR ialah Tn. Hj. Hashim bin Hj. Salleh beralamat PLD 35, Parit Lapis Darat, Parit Jawa Muar. Mulai tahun 2005 hingga 2010 pengerusi SSR disandang oleh Tn. Hj. Jamian bin Hj.Jaffar di alamat PLD 34, Parit Lapis Darat, Parit Jawa Muar dengan dibantu seramai 14 ahli jawatan kuasa selaku Pengerusi Biro-Biro yang dilantik oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan memiliki 8 biro dan 2 pemeriksa kira-kira.
Sejak mula SSR beroperasi sehingga kini, jemaah surau ini telah diketuai oleh Imam-Imam seperti berikut:
1. Cikgu Ismail bin Sien
2. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Ali
3. Tn.Hj.Mohd.Zin bin Hj.Abd.Rahman
4. Tn.Hj.Ridwan bin Hj.Siraj
5. Tn.Hj.Mohd Tazal bin Nong
6. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj
Labels: Sejarah Surau
SSR dibina di atas tanah milik persendirian iaitu lot nombor 1734 milik bersama Tn.Hj.Ali bin Roslani, Pn. Puteh bt Roslani, Pn.Hjh.Sapiah bt Achi dan En.Mohd. Nasir bin Hj.Ismail seluas 6 ekar 2 rot 1 pol (6.2.1C). Sebahagian kecil milik bahagian Tn.Hj.Ali bin Roslani (seluas 6860 kaki persegi) telah diwakafkan oleh beliau untuk dibina sebuah surau. Maka status tanah tapak SSR kini ialah WAKAF SURAU yang telah digezetkan . Sehingga kini keluasan tapak SSR masih kekal dan tidak berubah saiznya.

Labels: Sejarah Surau
Pada asalnya sumber kewangan bagi membina surau ini ialah daripada derma orang ramai sehingga mencecah kira-kira RM50,000. Bermodalkan jumlah tersebut SSR ini dapat dibina dan sepanjang dalam pembinaan sumbangan derma orang ramai terus diterima samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dalam bentuk bahan untuk binaan seperti pasir, batu-bata, tar dan sebagainya.
Dari semasa ke semasa bangunan SSR ini dipelihara dan diurus secara bersama oleh AJK SSR samada melalui kerja-kerja gotong royong mahupun diupah kepada pehak lain. Sehingga kini beberapa bangunan tambahan telah dapat dibina juga hasil daripada sumbangan dan derma orang ramai, orang-orang kenamaan, termasuk peruntukan daripada Wakil Rakyat, Pejabat Agama Muar dan Pejabat Daerah Muar.
Dari semasa ke semasa SSR telah bertambah bilangan bangunan dan bilik-bilik khas, antaranya seperti berikut:

Labels: Sejarah Surau