View Larger Map
Kini penjenguk blog SSR yang ingin tahu lokasi Surau Silaturrahim (SSR) boleh mencarinya di Google Maps. Dan taip Surau Silaturrahim,Parit Jawa seperti di bawah: Atau jengok saja blog ini.
Untuk ZOOM lokasi surau SSR. Klik button (+) di atas.
SELAMAT MENCUBA!!
Labels: Lokasi SSR
Labels: Kerjasama Syarikat Kariah SSR
Labels: Aktiviti
Labels: Aktiviti
Labels: Aktiviti
Majlis Gotong Royong Surau Silaturrahim Pt.Jawa telah diadakan pada 21.3.2009. Hasil daripada Mesyuarat AJK Surau kali 2/2009 yang diadakan pada 24.2 2009 telah memutuskan supaya gotong royong ini dibuat untuk persiapan menyambut Majlis Maulidur Rasul SAW 1430H yang akan diadakan pada keesokan harinyanya (Ahad 22.3.2009)
Labels: Aktiviti
Pelajar-pelajar SMK Raja Muda Pt.Jawa seramai 20 orang bersama dengan 7 orang guru termasuk Pengetua dan GPK Pentadbirannya telah membuat kerja-kerja Gotong Royong di SSR pada 15.8.2009 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dalam Program Kembara Merdeka sekolah tersebut. Gotong Royong bermula pada jam 8.30 pagi berakhir jam 11.00 pagi.
Pelajar-pelajar dan Guru-Guru tersebut telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi membuat kerja-kerja gotong royong di 6 lokasi iaitu:
1. Membersihkan kawasan pagar dan hadapan surau
2. Pembersihan di dalam surau seperti vacum kapet, lap tingkap dan pintu, lap kipas dan sawang labah-labah, susun kitab Yasin dan Al-Quran.
3. Mengemas stor kerusi meja
4. Mengemas stor pinggan mangkuk
5. Mencuci tempat wuduk
6. Mengemas kawasan Tapak Herba.
Di waktu rehat jam 10.30 pagi semua pelajar dan guru telah dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih oleh AJK surau.
Labels: Aktiviti
Labels: Aktiviti
Labels: Naik Taraf Dan Ubahsuai
Labels: Aktiviti, Maulidur Rasul 1430H
1. PERTANDINGAN PENGURUSAN SURAU CEMERLANG 2009
SSR telah dianugerahkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Pengurusan Surau Cemerlang 2009 sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H anjuran Masjid Jamek Al-Ehsan Parit Jawa pada 24.1.2009 (bersamaan 27 Muharram 1430H). Hadiah dalam bentuk sijil dan wang tunai RM200 telah disampaikan oleh Pegawai Penggerak Masjid dan Surau DUN Sg. Balang Tn.Hj.Ahmad Othman bin Husin.
Pertandingan tersebut melibatkan 12 buah surau di dalam Mukim Pt.Jawa.
Aspek yang dipertandingkan ialah:
1. Bidang Pengurusan (40%):
Bidang ini meliputi pengurusan fail surat - menyurat, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan inventori, senarai jemaah dan qariah surau.
2. Bidang Kebersihan & Keceriaan (30%):
Bidang ini meliputi kebersihan bangunan luar dan dalam, kebersihan tandas dan kawasan.
3. Bidang Penulisan Sejarah Surau (30%):
Bidang ini berkaitan tentang asal usul penububuhan dan pembinaan surau serta perjalanannya dari awal hingga kini.
Penyampaian Hadiah pertandingan dan sijil tersebut telah dilakukan pada waktu malam 24.1 2009 setalah tamat majlis Ceramah Maal Hijrah 1430H. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Imam Besar Negeri Johor daripada Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.
2. MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2009
Majlis ini diadakan pada 5.8.2009 sempena Malam Nisfu Sya’aban 1430H selepas solat isyak. Majlis solat hajat ini diadakan bagi mendoakan anak-anak atau sanak saudara ahli qariah SSR yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2009.
Semua ahli qariah SSR bersama dengan calon-calon peperiksaan tersebut dijemput hadir untuk menjayakan majlis Solat Hajat Perdana tersebut. Solat hajat ini diimamkan oleh Tn. Hj. Abd.Rahman bin Hj. Siraj selaku imam tetap SSR.
3. PROJEK TAMAN HERBA
Projek Taman Herba adalah atas saranan En.Mohd.Nasir bin Kiman Penghulu Mukim Parit Jawa supaya setiap surau dapat menjalankan projek tersebut mulai tahun 2009. Ini bertepatan dengan syor yang dibuat oleh Tn. Hj.Abd.Rahman bin Jaafar Pengaran Jabatan Agama Johor yang amat mendalam minat terhadap tanaman herba.
Projek ini telah dipersetujui olah AJK SSR supaya dapat dimulakan tahun 2009 dengan penyediaan tapak (seperti di dalam pelah tapak surau) kemudian diusahakan secara gotong royong oleh AJK pada bulan November 2009 dengan tanaman herba ‘mas cotek’ dan lain-lain tanaman ulaman.
4. PROJEK LANDSKAP
Projek landskap ini tertumpu di sepanjang pagar hadapan surau menghadap Jalan Mahmood di kiri dan kanan pintu masuk utama surau ini. Projek ini bagi menambahkan lagi keceriaan dan keindahan kawasan surau.
Projek landskap ini berbentuk simin fero yang diserahkan kepada ahli kariah surau ini iaitu En.Mohd.Yazid bin Maarof untuk pembinaannya. Beliau telah bersetuju pada dasarnya dan projek sebenar bermula pada November 2009.
5. PROJEK-PROJEK: ANJUNG SURAU, PEMASANGAN TILE RUANG SOLAT, TEMPAT WUDUK DAN LANTAI TILE SERBA GUNA.
AJK SSR telah bersetuju dengan keputusan yang telah di buat dalam Mesyuarat AJK SSR kali 3/2009 (pada 22.7.2009) supaya projek-projek di atas dapat dibuat bagi kemudahan para musafir yang singgah untuk menunaikan solat sekiranya ruang solat utama surau berkunci.
Projek ANJUNG SURAU akan mengambil ruang ‘Tempat Wuduk’ sedia ada untuk diubahsuai dijadikan Anjung Surau yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan solat seperti sejadah, telekong, kitab-kitab Yasin dan Al-Quran.
Projek PEMASANGAN TILE RUANG SOLAT ialah memasang tile di Ruangan Solat Lelaki dan Perempuan sepenuhnya. Buatmasa kini ruang ini hanya merupakan simin biasa yang ditutup dengan kapet.
Projek TEMPAT WUDUK adalah bagi menggantikan tempat wuduk lama yang telah dipecahkan dan dijadilan Anjung Surau. Projek ini juga memerlukan pembinaan tangki air.
Projek LANTAI TILE SERBA GUNA ialah memasang tile di kawasan antara Anjung Surau dengan Balai Utama dan Tempat Wuduk yang baru. Ruangan ini akan dipasang tile sepenuhnya dan dijadikan kawasan serbaguna yang bersih dan suci (tanpa kasut/selipar).
Projek-projek tersebut di atas dijangka memerlukan sejumlah peruntukan yang agak besar maka ianya memerlukan pembinaan yang teliti dan mengikut prosedur. Maka untuk permulaannya Tn.Hj.Amat Paijan bin Saruwal selaku Bendahari SSR telah diamanahkan bagi memulakannya dengan penyediaan ‘Kertas Cadangan’ yang lengkap untuk dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat AJK SSR .
Di dalam Mesyuarat Khas SSR Kali Ke-1 pada 18.8.2009 AJK telah bersetuju dan memutuskan supaya projek ini dimajukan kepada Pejabat Daerah Muar melalui Tuan Hj.Mislan bin Karmani Pegawai Daerah Muar semasa beliau dan rombongannya mengadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih 1430H pada 28.8.2009 di surau kami bagi mendapatkan peruntukan.
Di samping itu AJK juga bersetuju peruntukan bagi projek-projek tersebut boleh didapati melalui kutipan derma ikhlas daripada semua ahli kariah surau dan daripada para dermawan.
Labels: Aktiviti
AKTIVITI RUTIN:
1. KELAS MEMBUDAYA AL-HADIS: Setiap Jumaat malam Sabtu selepas solat magrib
Oleh: Ustaz Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj
2. KELAS TAFSIR AL-HADIS: Setiap Isnin malam Selasa selepas solat magrib
Oleh: Ustaz Faisal bin Khamis
3. KELAS MEMBUDAYA AL-QURAN: Setiap Selasa malam Rabu selepas solat magrib
Oleh: Ustaz Hj.Abd.Rahman bin Hj. Siraj
4. MAJLIS AWAL MUHARRAM 1430H
Pada 28.12.2008 jam 6.45 petang
5. MAJLIS ASYURAH 10 MUHARRAM 1430H
Pada 6.1.2009 jam 8.00 malam
6. MAJLIS GOTONG ROYONG SURAU
Pada 21.3.2009 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
7. SAMBUTAN MAULID RASUL S.A.W 1430H
Pada 22.3.2009 jam 10.00 pagi
8. MAJLIS ISRA’ & MIKRAJ 1430H
Pada 19.7.2009 jam 8.00 malam
9. MAJLIS MALAM NISFU SYAABAN 1430H DAN SOLAT HAJAT PERDANA
Pada 5.8.2009 jam 8.00 malam
10. GOTONG-ROYONG PELAJAR SMK RAJA MUDA SEMPENA KEMBARA MERDAKA 2009
Pada 15.8.2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
11. MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH 1430H BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH MUAR DAN ROMBONGANNYA
Pada 28.8.2009 jam 7.00 malam
12. MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1430H
Pada 16.9.2009 jam 7.00 malam
13. MAJLIS MARHABAN & ZIARAH AIDILFITRI 1430H
Mulai 27.9.2009 hingga 4.10.2009 selepas solat magrib dan solat isyak
14. MAJLIS QURBAN AIDIL ADHA 1430H
Pada 28.11.2009 jam 8.00 pagi
15. SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1431H
Pada 17.12.2009 jam 7.00 malam
Labels: Aktiviti
Dari awal dibina SSR sehingga tahun 2004 pengerusi SSR ialah Tn. Hj. Hashim bin Hj. Salleh beralamat PLD 35, Parit Lapis Darat, Parit Jawa Muar. Mulai tahun 2005 hingga 2010 pengerusi SSR disandang oleh Tn. Hj. Jamian bin Hj.Jaffar di alamat PLD 34, Parit Lapis Darat, Parit Jawa Muar dengan dibantu seramai 14 ahli jawatan kuasa selaku Pengerusi Biro-Biro yang dilantik oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan memiliki 8 biro dan 2 pemeriksa kira-kira.
Sejak mula SSR beroperasi sehingga kini, jemaah surau ini telah diketuai oleh Imam-Imam seperti berikut:
1. Cikgu Ismail bin Sien
2. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Ali
3. Tn.Hj.Mohd.Zin bin Hj.Abd.Rahman
4. Tn.Hj.Ridwan bin Hj.Siraj
5. Tn.Hj.Mohd Tazal bin Nong
6. Tn.Hj.Abd.Rahman bin Hj.Siraj
Labels: Sejarah Surau
SSR dibina di atas tanah milik persendirian iaitu lot nombor 1734 milik bersama Tn.Hj.Ali bin Roslani, Pn. Puteh bt Roslani, Pn.Hjh.Sapiah bt Achi dan En.Mohd. Nasir bin Hj.Ismail seluas 6 ekar 2 rot 1 pol (6.2.1C). Sebahagian kecil milik bahagian Tn.Hj.Ali bin Roslani (seluas 6860 kaki persegi) telah diwakafkan oleh beliau untuk dibina sebuah surau. Maka status tanah tapak SSR kini ialah WAKAF SURAU yang telah digezetkan . Sehingga kini keluasan tapak SSR masih kekal dan tidak berubah saiznya.
Labels: Sejarah Surau
Pada asalnya sumber kewangan bagi membina surau ini ialah daripada derma orang ramai sehingga mencecah kira-kira RM50,000. Bermodalkan jumlah tersebut SSR ini dapat dibina dan sepanjang dalam pembinaan sumbangan derma orang ramai terus diterima samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dalam bentuk bahan untuk binaan seperti pasir, batu-bata, tar dan sebagainya.
Dari semasa ke semasa bangunan SSR ini dipelihara dan diurus secara bersama oleh AJK SSR samada melalui kerja-kerja gotong royong mahupun diupah kepada pehak lain. Sehingga kini beberapa bangunan tambahan telah dapat dibina juga hasil daripada sumbangan dan derma orang ramai, orang-orang kenamaan, termasuk peruntukan daripada Wakil Rakyat, Pejabat Agama Muar dan Pejabat Daerah Muar.
Dari semasa ke semasa SSR telah bertambah bilangan bangunan dan bilik-bilik khas, antaranya seperti berikut:
Labels: Sejarah Surau
Labels: AJK SSR 2008-2010